MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN

Sunday, July 4, 2010

O-Town All or Nothing [lyrics]

all or nothing.... semua atau tiada.., satu lagi lirik lagu yang amat aku suka dari kumpulan o-town ni. lirik yang paling aku suka bab chorus dia " CAUSE I WANT IT ALL OR NOTHING AT ALL" kadang2 tersentuh juga hati ni bila aku betul-betul hayati setiap baris lirik yang ada. biarlah apa orang nak kata kalau aku minta lagu ni, jiwang ke romantik ke ape ke itu ke ini ke yang penting aku memang suka so aku sukalah. yang dengarnya aku bukan orang lain. jadi aku rasa aku tak perlu nak risau apa yang orang lain akan fikirkan.
huuu~~~

teruskan hidup tanpa cinta, itu adalah lebih baik dari mengenangkan perkara yang telah menjadi sejarah. apa yang berlaku telah berlaku dan tidak ada gunanya lagi untuk mengimbasnya semula. apa yang penting teruskan hidup dengan maju ke hadapan dan lakukan yang terbaik. "love comes to those who believe it" mungkin ada kebenarannya namun setelah ia datang tapi sekiranya kita tidak pandai untuk menghargai ia tetap akan musnah dan terhapus. tidak ada gunanya untuk meratapi apa yang telah berlaku.

aku merelakan sejarah yang telah menjadi kenangan dan semoga ia menjadi satu pengajaran untuk aku menghadapi kehidupan yang mendatang.