MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN

Monday, February 28, 2011

end of february

monday
28th february 2011
07:26:00
Living room, semabok, meLacca

dear bLog,

gosh !! since back from wakaf tapai terengganu aku tak update apa-apa pun Lagi maybe sebab ketiadaan waktu untuk aku muLakan. but anyway this morning wake up so earLy even though im stiLL in a hoLiday mood. what is so great about my hoLiday is, i' LL take two but free two ha ha ha !! so my vacation become four day.
suddenLy just miss aLL my stuff at the office, my keyboard, PC's, printers, chairs, tabLe and aLL stuff that i use before. just feeL Like going back to office right away, but unfortunately i can't for today because i need to settLe my katak hijo first. its time for her to get service. jadinya esokLah aku masuk office. tapi benda yang paLing aku rasa sangat-sangat maLas nak buat biLa aku kena mengadap mahkLuk tuhan yang satu ini. aduhai biLa mahu di ingat-ingat semuLa rasa macam sakit migrain kepaLa ni tiba-tiba saja muncuL. entah macam mana Lah aku nak berdepan dengan situasi yang macam ini. aLahai aLangkah bagusnya kaLau dia tu bersara awaL dari biasa.
but that okay, sebabnya perjaLanan hidup tu harus aku teruskan juga waLau dengan apa cara sekaLi pun, meski payah tapi untuk memajukan diri aku sendiri aku harus bertekad untuk buat sehabis yang baik. Lagi puLa semua ini bukan untuk sesiapa kecuaLi untuk diri aku sendiri juga jadi berbaLoi Lah kaLau aku berusaha untuk diri aku sendiri. tidak perLu mengharapkan bantuan dari sesiapa untuk aku memajukan diri ini supaya Lebih bagus.
apa-apa pun hari ini adaLah hari terakhir bagi buLan february untuk tahun ini. sedar tak sedar diam tak diam waLaupun hanya 28 hari sahaja tapi peLbagai perkara menarik yang berLaku. ada yang bagus dan ada yang tidak bagus, ituLah lumrah kehidupan kitarannya sentiasa akan berputar mengikut perjaLanan yang teLah di tetapkan. aku harus pandai untuk menghadapi situasi yang bagaimana harus berdepan. hidup ini semakin hari semakin mencabar untuk dihadapi jadi perLu Lah dipersiapkan dengan apa sekaLipun cara yang mungkin untuk menanganinya agar mampu untuk bersaing dan berdepan dengan apa sahaja kemungkinan. itu adaLah yang terbaik untuk aku. february goodbye to you and welcome march. just can't wait to face what the march going to feed me with the new ideas. just wait and see. have a nice day kai.

Tuesday, February 22, 2011

oleh aku.

selasa
22nd february 2011
20:00:00
room 3-10 3rd floor
wakaf tapai, terengganu

dear blogs,

diam tak diam sedar tak sedar sudah empat hari aku berada di akademi bomba dan penyelamat malaysia wakaf tapai, kuala terengganu, terengganu darul iman. seingat yang aku teringat kali terakhir aku menjejakkan kaki ke tempat ni pada tahun 2008 dan selama satu minngu. sekarang hampir tiga tahun aku kembali ke sini lagi dan untuk tempoh seminggu juga. memang masa merubah segalanya bukan sahaja sesebuah landskap lokasi malah segala-galanya. untuk tahun 2011 ini aku memang sangat merancang nak melarikan diri dari kesibukan di pejabat. sejak penghujung 2007 aku dibeban dengan kerja-kerja pengurusan. apatah lagi apabila tahun 2010 muncul. keadaan aku jadi semakin parah teruk dan kritikal. aku hanya mampu tersenyum dan terima seadanya ujian yang diberi. seperti bunyi yang seringkali didengar "setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya" dan sekarang ya, aku memang merancang untuk memenuhkan aktiviti bagi tahun 2011 ini dengan pelbagai agenda agar kesibukan aku di pejabat dapat dikurangkan. jikalau boleh ada sesiapa yang mahu mengambil alih tempat aku, aku dengan rela hati suka gembira memberikan tanpa dikenakan sebarang syarat. aku sudah terlalu letih dengan segala apa yang aku lalui. berkursus disini selama seminggu paling tidak dapat memberikan aku ruang untuk bernafas, malah sedikit sebanyak mengurangkan tekanan yang telah lama sangat aku simpan. akhirnya lega apabila tindakan yang aku ambil ini memberikan aku satu semangat untuk menjadi sebagai insan yang baru. tidak sia-sia segala tindakan yang aku ambil untuk meneruskan perjalanan hidup aku. walaupun aku tahu sesudah kepulangan aku nanti pasti akan disambut dengan deretan fail-fail yang melebihi ketinggian aku, ianya tidak mendatangkan masalah kerana aku telah berpuas hati menikmati seminggu hari tanpa membelek, meminit,mendaftar,membuka,membaca,mencatit dan segala-gala yang ada kene mengena dengan fail. aku sangat berpuas hati dengan keadaan seminggu ni. biarlah sepanjang aku berada di tempat ini aku tenang setenang tenangnya tanpa memikirkan bebanan yang mungkin menyesakkan kepala minda aku. aku gembira.

Monday, February 21, 2011

if i have a wings

monday
21st february 2011
20:00:00
room 3-10 3rd fLoor
wakaf tapai, terengganu

dear bLogs,

sometime life can be so unfair with us. no matter how good you are to the other person its still cannot guarantee the way of life you want to have. the reality is not as what we expected. sometime it can be so mean to yourself then you keep wondering whether you do a great job or not. i am always keep telling to my self that i can do what i believe i can. i know in real life is not that easy to deal with especially when you have struggle to survive. its still not satisfied when you have to learn from the past and the mistake that i have done.

i wish i have a wing so i can fly far away and reach the skies above. but no matter how high i can fly in the end i will come down to where i start again. it is not that always up stairs. just hoping if there have a one day for me to get away from this feeling and situation i will grabbed that change and never let it go. feeling so tired with this condition and other people will not going to understand because i won't let them to know what is happening to me.

what i need is just a wings, a pairs of wing to make me fly, fly away from the place i never wonder what its look like.....

Saturday, February 19, 2011

kenangan Lampau

saturday a.k.a sabtu
1730
19 februari 2010
asrama satu tingkat 3 biLik 3-10
wakaf tapai, terengganu

dear bLog,

the memory is back, its been a years ago and when i am here its feeL Like yesterday. there a feeLing i cannot describe by word. its so speechLess. perasaan yang bercampur baur daLam satu rasa. dapat puLak biLa aku check in daLam biLik yang pernah aku duduk sebeLum ni. teringat kenangan bersama rakan sebiLik. entah apa yang jadi kepadanya sekarang ni. apa yang sedang dia Lakukan. dekat mana Lokasi dia berada.
kaki meLangkah masuk ke daLam biLik ni dan perasaan yang peLik muLa menerjah, tak tahu apa yang hendak difikirkan seoLah-oLah aku kembaLi ke zaman aku yang duLu. sesuatu yang dinamakan kebetuLan. sangat kebetuLan. dari saat aku hendak bertolak Lagi aku rasa perasaan ini wujud perasaan yang tak tahu bagaimana hendak diucapkan apatah Lagi ianya rasa sangat bahagia.
biLa aku muLa untuk menyarungkan bantaL dan memasaang cadar perasaan keterujaan itu muncuL entah dari mana. sekaLi sekaLa aku menoLeh ke katiL sebeLah seoLah-oLah rakan sebiLik aku berada di situ. aku terseyum sendirian. kaLau duLu aku sangat pasif, tersangat pemaLu, sepatah yang ditanya oLeh roommate aku sepatah yang aku baLas, terasa macam sangat sombong pLak ketika tu. tapi seteLah hampir enam buLan bersama masih tetap ade jurang untuk berborak macam biasa, terLaLu sangat formaL, sehingga pada hari terakhir ber rekrut tiba-tiba ada air puLak yang mengaLir dari mata ni. aduyaii apa pasaL puLak entahLa. aku ingat aku sorang aje yang mata bocor rupa-rupanya dia pun sama juga..ha ha ha....
memang situasi yang sangat keLakar bercampur sedih bercampur peLik. dan sekarang perasaan itu menjeLma Lagi saat ketika ini. mungkin disebabkan biLik yang pernah aku duduk sekarang ni, entahLah. Lagipon sejak hari terakhir tu memang tak pernah terfikir pun untuk mendapatkan apa-apa sahaja yang boLeh membuatkan kami berhubung. semuanya berLaku dengan pantas sepantas kiLat. tahu-tahu saja semuanya dah hiLang Lesap entah kemana.
dan sekarang aku tertanya-tanya keadaan dia, seteLah bertahun-tahun baru sekarang terfikir pasaL dia puLak. iniLah penangan memori biLik yang sedang aku duduk ni.
sangat mengharukan.......

Thursday, February 17, 2011

gembira.

khamis
17 februari 2011
12:00:00
opiss

dear bLog,

pagi ni biLa bangun je dari tido rasa sangat happy. tak tahu kenapa perasaan tu wujud. senyum sendiri, perasaan hendak ke opis pun rasa sangat semangat. dah Lama tak rasa perasaan yang macam ni. tiba-tiba entah kenapa pagi ni rasa sungguh ceria sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. mungkin sebab semaLam dah dapat joging Lepas tu maLam tadi tidur awaL jadi kemungkinan besar timbuLLah perasaan yang macam tu. semaLam pun biLa dapat je berLari rasa sangat seronok. seteLah hampir dua minggu tak Lakukan rutin tu sebab banjir yang meLanda baru-baru ni. mungkin sebab perasaan dapat berLari tu teLah menghilangkan segaLa stress dan masaLah yang meLanda yang baru-baru ni. rasa sungguh Lega sangat biLa dah dapat berLari mungkin dengan berLari tu aku dapat Lupakan segaLa apa yang berLaku. biLa berLari perasaan tu sungguh menyeronokkan tak tahu macam mana nak gambarkan saat kaki meLangkah dengan Laju, keadaan angin yang meniup ke muka. rasa sungguh segar dan menyamankan. mungkin sesetengah orang berLari tu adaLah aktiviti yang memenatkan tapi bagi aku puLak berLari tu seoLah-oLah mendapat kepuasan yang sangat maksimum. memang sangat menyeronokkan.

tadi pagi aku adaLah orang pertama yang sampai dekat opis, dan macam biasa aku Lah yang kene buka pintu dan on kan segaLa macam suis yang ada. waLaupun nampak simpLe tapi sebenarnya itu adaLah rutin aku hari-hari. mesti menjadi orang yang pertama masuk dan orang yang terakhir keLuar. macam biasa aku tak kisah semua tu. yang penting keseronokan aku bekerja. macam biasa jugak hari ni aku buat rutin yang seLalu aku buat, coLLect semua sampah daLam setiap bakuL sampah yang ada, kumpuLkan dekat satu tempat, Lap Lantai keseluruhan opis, cuci toiLet dan yang terakhir sekaLi baruLah aku pergi bawak sampah yang aku kutip tu tadi ke bawah untuk dibakar. bidang tugas aku rupanya bukan sekadar meLibatkan keLuar masuk dokumen, daftar surat, jawab panggiLan. menghadiri kecemasan, maLah bab-bab cLeaner ni pun jatuh dekat bahu aku. mungkin sebab aku ni jenis manusia yang tak kisah. yang tak pernah berkira dengan sesuatu kerja yang diLakukan, sentiasa keLhatan happy seoLah-oLah tiada masaLah. ya memang benar teLahan tu, aku sentiasa happy sebab aku mengamaLakn hidup secara simpLe. aku buat apa yang aku rasa aku nak buat. memangLah masaLah tu sentiasa ada tapi masaLah tu takkan datang kaLau ianya tidak berpunca pada diri sendiri juga. jadi kaLau ada sahaja masaLah yang timbuL buat macam biasa sebabnya tiada masaLah yang tak ada jaLan penyeLesaian. cuma cepat atau Lambat sahaja untuk diseLesaikan. setakat saat ini aku bahagia dengan cara aku sendiri, semua yang aku Lakukan daLam kawaLan aku sendiri jadi aku tahu apa yang perLu dan tak perLu untuk aku buat. memahami diri sendiri adaLah Lebih baik dari cuba memahami diri orang Lain. tahu dahuLu meniLai apa yang terbaik untuk diri kita baru kita boLeh meniLai orang disekeLiLing dan disamping kita.

setakat 26 tahun satu buLan 17 hari aku hidup seteLah diLahirkan pada 19 november tahun 1984 aku sentiasa positif dengan apa yang aku buat. setiap apa tanggapan dan pandangan orang Lain terhadap aku ianya tidak mendatangkan masaLah sebab aku tahu ianya hak masing-masing untuk membuat peniLaian sendiri. masing-masing ada karakter masing-masing untuk menafsirkan apa yang diLihat dan secara reLeven aku tak boLeh menghaLang. biarLah mereka dengan cara mereka sendiri dan aku dengan hidup aku. pandangan aku simpLe, dunia ni ada peLbagai versi yang boLeh ditafsirkan dengan segaLa macam genre yang kita mahu. terpuLang pada masing-masing punya intrepretasi untuk meLihat sesuatu itu sebagaimana yang dia mahu. bagi aku aLam ini amat Luas dan aku perLu terokainya dengan cara kau sendiri. seoLah-oLah biLa kita menyeLam ke dasar Lautan, semakin daLam kita seLam semakin banyak perkara, benda dan cabaran yang baru kita temui. begitu juga dengan hidup ni semakin kita teruskan semakin banyak yang kta peLajari. menemui sesuatu yang baru sangat menyeronokkan.

impian aku satu hari nanti aku nak meLancong ke seLuruh tempat dengan hanya berbekaLkan katak hijau kesayangan aku sahaja. ambiL cuti tanpa gaji mungkin seLama sebuLan dan pergi ke temapt-tempat yang seLama ni aku tak pernah terfikir nak pergi. menikmati saat-saat penggembraan aku diseLuruh tempat yang aku Lawati. insyaALLAH akan aku jadikan impian aku ini satu kenyataan satu hari nanti. biLa tiba saat itu aku adaLah insan yang paLing gembira du muka bumi ini..hahaha agaknya Lah kot. tapi memang impian tu teLah Lama aku simpan dan pendamkan daLam hati ini. penggembaraan yang sangat menyeronokkan. sehingga kadang-kadang aku termimpi seoLah-oLah semua itu adaLah kenyataan, aku pasti akan satu hari nanti impian aku itu akan menjadi kenyataan.

Monday, February 14, 2011

its a year....

14th february 2011...
2350
my room

pejam ceLik pejam ceLik tak sangka dah setahun berLaLu. genap tarikh hari ini genapLah setahun aku menginap dekat rumah sewa aku yang tidak seberapa ni. Lebih-Lebih Lagi Lepas dilanda banjir, terasa macam masuk ke rumah baru lagi. segala-gaLanya berubah. dalam masa setahun tu jugak aku hidup berdikari sendirian. satu pencapaian yang tak pernah aku duga. waLaupun sebeLumnya aku tinggaL dengan rakan-rakan serumah yang Lain namun apabiLa sudah menduduki rumah secara sendirian perasaan itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. satu perasaan yang amat bahagia seoLah-oLah menikmati makanan kegemaran yang telah bertahun tidak dapat merasainya. banyak pahit getir yang aku LaLui sepanjang tinggaL bersendirian dan semuanya aku tempuhi seorang diri tanpa bantuan dan sokongan dari sesiapa. aku sendiri tidak menyangka aku akan setabah ini untuk meghadapinya apatah Lagi setelah kediaman aku habis musnah sama sekaLi diLanda banjir. aku hanya berpegang pada satu, tuhan tidak akan menguji seorang hambanya jika dia tahu hambanya itu tidak dapat untuk menerima ujian yang diberikan. aku redha dengan segala ketentuan yang teLah aku terima. sesungguhnya setiap ujian yang diberi akan ada hikmah di sebaLiknya. walau sesukar mana sekaLi pun perjaLanan hidup seseorang itu, dia harus kuat untuk berdepan dengan segaLa apa yang bakaL di LaLui. aku hanya insan biasa namun aku tahu aku kuat untuk berhadapan dengan apa sahaja. aku tahu sejauh mana kekuatan yang aku ada untuk menghadapi semua itu. pengaLaman adaLah guru terbaik untuk persiapan masa hadapan. dari situ aku akan beLajar untuk memperbaiki segaLa kelemahan dan kekurangan supaya aku dapat menyesuaikan diri dengan segaLa keadaan. perjaLanan hidup ini masih jauh Lagi kehadapan untuk diteruskan selagi mana udara ini disedut seLagi itulah pusingan itu akan tetap berputar. aku akan teruskan apa yang aku fikirkan terbaik untuk aku. waLau sesukar mana sekaLipun tuhan itu akan sentiasa ada bersama aku.

Friday, February 4, 2011

hU hU hU ~ ~

date : 04 february 2011
day : friday
time : 1710
venue : friend house

DIRUNDUNG MALANG.

dear blogs,

pada tarikh 31.01.2011 banjir telah melanda segamat setelah hampir 6 tahun berlalu pada 2006. kali ini banjir yang lebih teruk dan tragik sekali selepas 2006 ia berlalu. ianya lebih malang lagi apabila rumah yang aku diami turut terlibat dan memusnahkan segala isi yang terdapat di dalam rumah tersebut. tiada apa yang tinggal untuk aku setelah segala-galanya musnah di bawa arus deras yang begitu kuat. malang itu tidak berbau. sesungguhnya sebagai seorang penyelamat aku dapat mengagak bila akan berlakunya peristiwa demikian, namun aku sendiri terlalai. mujur kenderaan kesayangan aku dapat diselamatkan walaupun aku hanya tinggal sehelai sepinggang. terima kasih juga harus aku ucapkan kepada sahabatku kerana telah memberikan aku tempat untuk berlindung sementera aku mengemas dan membersihkan apa yang patut. kejadian seumpama ini kali pertama berlaku dalam hidupku dan menghadapi saat-saat getir begitu amat menguji. hari pertama banjir aku tidak dapat untuk berbuat apa-apa kecuali pergi bertugas untuk menyelamatkan mereka yang lain tanpa mempedulikan keadaan rumah aku sendiri. paling tidak berusaha untuk menyelamatkan mangsa banjor yang lain dapat menghilangkan perasaan gusar aku terhadap kediaman yang aku diami. setelah keadaan banjir reda aku tekad untuk masuk ke tempat kejadian walaupun ada tanda-tanda kemungkinan ia akan berulang kembali. namun aku menekadkan hati ini untuk melihat sendiri apakah yang telah terjadi kepada rumah aku. sesampainya di sana sungguh berat ujian yang tuhan berikan kepada aku. aku melihat keadaan rumah aku dengan perasaan yang begitu hiba dan menyedihkan. aku tidak tahu di mana harus aku mulakan untuk proses pembersihan. semuanya kelihatan sama dipenuhi dengan lumpur-lumpur yang memenuhi segenap ruang. aku tergamam dan terkaku sendirian apa yang aku harus lakukan. aku hanya mampu berdoa agar tuhan memberikan aku kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi saat-saat sukar begini. sesungguhnya dia lebih berhak mengetahui apa yang aku sedang hadapi dan lalui ini. YA ALLAH ya tuhanku sesungguhnya aku berserah dan redha dengan ujian yang engkau berikan kepada aku. ini adalah serba sedikit gambaran rumah kediaman aku setelah surutnya banjir. gambar-gambar ini adalah yang pertama aku ambil sewaktu tibanya di sana. aku tidak tahu apa yang aku harus lakukan terlebih dahulu selain dari mengambil beberapa foto sebagai kenangan yang paling sukar aku lalui :
pandangan HADAPAN kawasan kediaman aku.

di kawasan PINTU HADAPAN


keadaan di kawasan RUANG TAMU




















BILIK BAJU
























BILIK MANDI
























BILIK TIDUR














































pandangan BAHAGIAN BELAKANG

koleksi PAKAIAN ku



peralatan elektrik aku....













APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA