MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN

Thursday, July 7, 2011

dia

07th july 2011
1445
thursday

cepat masa berlalu, tidak aku sedari sepantas ini waktu bergerak meninggalkan segalanya. masih lagi aku terasa seolah-olah berada di awalan tahun namun hakikatnya ia sedang menghampiri ke penghujungnya. aku terkesima untuk sekian kalinya. biarlah ia begitu, tetapi aku keliru dengan kehadiran dia yang membuat aku jadi tidak menentu dalam hidup ini. aku tak tahu apa yang aku harapkan dari dia sebenarnya, biarpun hati aku ni berat untuk bertanya. aku tak mahu dia salah faham atau menganggap aku sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan ke atas kelemahan dirinya. tapi semakin aku berdiam diri, semakin gelodak jiwa aku tidak tenteram untuk menghadapinya. apa pun biarlah penghujung bulan ini menentukan segalanya sama ada aku berhak berada di dalam hidupnya atau tidak.