stay the same !! yup., i am still stay the same. first time aku dengar lagu ni pada tahun 1998 maknanya time tu aku baru berusia 14tahun dan tingkatan dua masa tu. aku mula terdengar lagu ni dan jatuh cinta untuk kali pertamanya apabila mendengar setiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulut si Joey Mcintyre ni. aku amat suka dengan lirik yang ditulis "BELIEVE IN YOURSELF " itu maksudnya aku harus percaya akan diri aku sendiri walau apapun yang orang lain cakapkan dan fikirkan. aku adalah aku dan aku brtanggungjawab ke atas apa yang aku lakukan pada diri aku. aku tek perlu menjadi orang lain untuk memuaskan hati semua pihak. aku hanya perlu jadi siapa diri aku. itu sebabnya lagu ini menarik minat aku. "STAY THE SAME" and yes aku akan stay the same no matter what other people will think or say about me. itu yang penting.
MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN
Wednesday, June 9, 2010
Thursday, June 3, 2010
aku yang lemah...
entah kenapa hari ini terasa begitu lambat sangat masa bergerak. seolah-olah ia dihentikan seketika waktu. aku masih lihat jam di pergelangan tangan aku ini dan jarumnya masih lagi tidak berganjak, adakah disebabkan jam aku kehabisan bateri atau aku yang terleka.. masa yang bergerak terlalu perlahan membuatkan aku sendirian merenungkan masa depan yang akan bakal aku tempuhi. tidak pernah terlintas sedikit pun di pemikiran yang aku akan melalui satu fasa di mana aku sendiri tidak dapat pastikan apa kehendak yang aku ingini. aku sendiri masih lagi dalam pencarian untuk mencari apa yang aku inginkan dalam hidup ini. andai aku diberi kekuatan untuk menempuh segala rintangan yang mendatang akan aku laluinya dengan hati terbuka. aku tahu aku mampu kerana aku telah dididik dengan cara demikian. walau sesukar mana sekalipun aku tetap harus menghadapinya. kenyataan kadangkala amat pahit untuk ditelan apatah lagi untuk menghadapinya. kekuatan rohaniah diperlukan untuk terus maju kehadapan. aku sering mengukir senyuman, malah dengan pemurahnya aku sedekahkan kepada sesiapa sahaja. mereka yang disekelilingku hanya mengenali aku sebagai manusia tanpa masalah. kehidupan yang aku lalui sentiasa menceriakan. bagi pandangan mereka aku adalah manusia yang tak pernah menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan. percayalah setiap yang bernama manusia pasti akan ada saat kesukaran. dan aku tidak ketinggalan untuk menghadapinya. di wajahku terpamer senyuman yang menceriakan namun jauh di dasar lubuk hati tiada siapa yang tahu., tiada yang mengerti tiada juga yang memahami. aku tahu kekuatan dalaman yang aku miliki dan aku percaya aku mampu untuk menghadapinya. kehidupan mana yang tidak mudah. setiap aspek dalam kehidupan yang berlalu adalah satu ilmu untuk kita mempelajari. perjalanan sukar hidup seseorang manusia membuatkanya lebih tabah dan kuat untuk meneruskan apa yang di hadapan. belajar dari setiap aspek kehidupan mampu untuk mematangkan setiap individu itu sendiri.
Subscribe to:
Comments (Atom)