entah kenapa hari ini terasa begitu lambat sangat masa bergerak. seolah-olah ia dihentikan seketika waktu. aku masih lihat jam di pergelangan tangan aku ini dan jarumnya masih lagi tidak berganjak, adakah disebabkan jam aku kehabisan bateri atau aku yang terleka.. masa yang bergerak terlalu perlahan membuatkan aku sendirian merenungkan masa depan yang akan bakal aku tempuhi. tidak pernah terlintas sedikit pun di pemikiran yang aku akan melalui satu fasa di mana aku sendiri tidak dapat pastikan apa kehendak yang aku ingini. aku sendiri masih lagi dalam pencarian untuk mencari apa yang aku inginkan dalam hidup ini. andai aku diberi kekuatan untuk menempuh segala rintangan yang mendatang akan aku laluinya dengan hati terbuka. aku tahu aku mampu kerana aku telah dididik dengan cara demikian. walau sesukar mana sekalipun aku tetap harus menghadapinya. kenyataan kadangkala amat pahit untuk ditelan apatah lagi untuk menghadapinya. kekuatan rohaniah diperlukan untuk terus maju kehadapan. aku sering mengukir senyuman, malah dengan pemurahnya aku sedekahkan kepada sesiapa sahaja. mereka yang disekelilingku hanya mengenali aku sebagai manusia tanpa masalah. kehidupan yang aku lalui sentiasa menceriakan. bagi pandangan mereka aku adalah manusia yang tak pernah menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan. percayalah setiap yang bernama manusia pasti akan ada saat kesukaran. dan aku tidak ketinggalan untuk menghadapinya. di wajahku terpamer senyuman yang menceriakan namun jauh di dasar lubuk hati tiada siapa yang tahu., tiada yang mengerti tiada juga yang memahami. aku tahu kekuatan dalaman yang aku miliki dan aku percaya aku mampu untuk menghadapinya. kehidupan mana yang tidak mudah. setiap aspek dalam kehidupan yang berlalu adalah satu ilmu untuk kita mempelajari. perjalanan sukar hidup seseorang manusia membuatkanya lebih tabah dan kuat untuk meneruskan apa yang di hadapan. belajar dari setiap aspek kehidupan mampu untuk mematangkan setiap individu itu sendiri.