
hati manusia.
memang unik, tidak siapa mampu untuk mentafsirkan apa yang dirasa. disitulah terletaknya berbagai-bagai perasaan yang tersembunyi. walaupun perasaan itu dapat dilihat pada seraut wajah namun ia tidak akan tergambar melalui hati. hati yang sedang gundah gulana di dalam masih mampu untuk mengukirkan senyuman di raut muka. wajah boleh membohongi segala-galanya dengan mimikan muka yang berbeza-beza, namun perasaan yang tersimpan di dalam hati belum mampu untuk dilindungi sepenuhnya. namun apakan daya manusia hanya sekadar insan biasa yang sekadar mahu meneruskan kehidupan seperti biasa. seperti aku, tidak siapa tahu apabila hati aku sedang menangis. seraut wajah aku hanya mempamerkan senyuman seolah-olah tiada apa-apa masalah yang dialami, walaupun pedih di dasar hati namun aku masih mampu untuk memperlihatkan senyuman ceria kerana itu adalah ubat untuk aku menghiburkan diri. walau susah bagaimana sekali pun yang aku timpa aku tetap dengan cara aku sendiri. bagi aku menyusahkan orang di sekeliling tidak sama sekali apatah lagi yang terdekat dan terhampir dengan aku. biarlah aku tanggungnya sendirian kerana aku tahu sekadar mana tahap kemampuan aku. andai tiba masa nanti di mana aku tidak mampu menanggung bebanan yang maha hebat maka akan aku carilah satu alternatif lain untuk disalurkan bagi mengurangkan apa yang tersimpan di lubuk hati. hati aku sering berduka sendirian apatah lagi mengingatkan sesuatu yang amat menyakitkan. mujurlah tuhan itu maha mengetahui dan mendengar maka kepadanya sahajalah tempat aku mengadu segala apa yang tersimpan dan terbuku di hati ini kepadanya. dengan kekuatan yang ada aku berserah kerana aku yakin setiap ujian yang melanda ada hikmah disebaliknya. seperti kata yang lain andai satu pintu itu tertutup, maka pintu yang lain pasti akan terbuka. ini bermakna apabila sesuatu peluang itu bukan untuk kita maka akan ada lagi peluang yang lebih baik akan muncul. terpulang pada kita sama ada mempunyai kekuatan untuk meneruskan setiap langkah yang kita ingin lalui. bagi aku kehidupan aku sudah cukup menyakinkan untuk aku terus menerus malaluinya kerana aku tahu aku aku adalah aku. di mana tahap kekuatan dan keazaman aku pasti aku akan teruskan, keyakinan yang aku bina sendiri sejak sekian lama telah mendewasakan aku untuk lebih matang melalui hari-hari mendatang. begitu juga apabila aku perlu berdepan dengan mereka yang mungkin tidak menyenangi akan kehadiran aku. bagi aku itu adalah adat dunia dimana dalam sepuluh manusia terdiri daripada kawan-kawan kita, tidak akan sepuluh-sepuluh itu akan menyukai kita sepenuhnya. mungkin di hati mereka terselit juga perasaan yang kurang senang dengan keadaan aku. itu adalah realiti. satu realiti dalam kehidupan yang nyata. kita tidak akan dapat lari dari kenyataan yang merupakan satu daripada perkara yang harus kita hadapi. mujur, aku tahu bagaimana mahu mengendalikannya dengan fikiran yang waras. oleh itu sentiasalah bersangka baik dan berfikiran positif kepada semua keadaan yang di sekeliling kita dan itu tidak bermakna apabila kita berfikiran begitu kita mambuka peluang kepada yang lain untuk mengambil kesempatan keatas diri kita. dimana kekuatan dan kelemahan kita haruslah dipergunakan pada masa dan waktu yang sesuai agar masalah yang melanda dapat kita hadapi dengan tangan terbuka dan lapang dada.