alhamdulilah kembali semula dalam talian. hampir seminggu lebih aku dalam keadaan mendiamkan diri kini aku mula untuk seperti biasa. bebanan kerja seperti biasa harus dilakukan, kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah yang diberikan. kepercayaan yang diberi harus aku aplikasikan sebaik mungkin kerana untuk mendapatkannya memerlukan masa yang amat panjang. bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan dari seseorang apatha lagi bila kita masih baru dan tidak tahu apa-apa. namun atas berkat kesabaran dan kegigihan yang dilalui, semua itu dapat diatasi. segala ujian yang diberikan alhamdulliah semuanya berjalan dengan lancar.
dalam setiap tandan buah pisang tidak semestinya semua akan berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan, begitu juga kenyataannya dalam realiti. hari ini seseorang yang tidak berapa menyukai aku yang berada disini akhirnya terpaksa akur untuk meminta bantuan dari aku. aku tidak akan sesekali menolak kerana aku tahu satu hari nanti aku pasti mungkin juga akan berada dalam keadaan yang sedemikian. aku harus bersikap realistik kerana apa yang aku lakukan aku lakukan dengan seikhlas yang mungkin. tidak pernah aku mengharapkan apa-apa balasan cuma sekadar ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan dengan apa yang aku lakukan. itu sahaja sudah mencukupi untuk aku rasa dihargai dengan apa yang aku lakukan .