MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN

Friday, May 21, 2010

zero is 0~~~

arghhhhh... tiba-tiba petang ni banyak pula surat yang masuk. baru ingat nak menghabiskan weekend ni dengan suasana yang aman dan menyenangkan. tapi apakan daya semua itu adalah suratan atau hanya kebetulan..cewahh lak pulak aku ni.. mana tidaknya jam hampir menunjukkan angka empat, tiba-tiba banyak troot..troot...mesin faks berbunyi... aduhai dalam kepala dah fikir macam-macam. betul pon seperti apa yang difikir. hq mintak macam-macam pula petang ni., surat itu surat ini. sudah la tidak cukup dengan faks nya lagi sekali tiba-tiba kring..kring telefon atas meja aku pula berbunyi. aduhai petang.,kenapalah jadi begini. operator bawah sambungkan panggilan kepada aku dari pihak ibu pejabat. mahukan dokumen dengan kadar segera seboleh-bolehnya sebelum tengahrai isnin nanti. alamak apalah yang mereka fikir ini. tiadakah perasaan belas dalam diri mereka sehinggkan hujung minggu begini dikerahnya juga untuk bekerja. hmmmmm nasib lah badan.

masih lagi di pejabat untuk menyelesaikan sisa baki kerja-kerja yang tertunda akibat pelbagai sangat aktiviti yang bertindih dan bercampur baur. bagaimana mereka ini buat kerja., tiada lansung kah sistem masa untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. akibatnya yang menjadi mangsa adalah mereka yang berada di bawah. sudahlah di himpit dengan bebanan tugas yang tidak hent-henti, ditambah pula dengan aktiviti yang tidak berapa menyeronokan. tidakkah itu menjadi salah satu tanda menyeksakan. seperti biasa mengeluhlah mereka ini dan semestinya akan kata nasib badan. apatah lagi aku yang macam ini.

namun disebalik kesusahpayahan ini aku tetap gembira kerana aku sentiasa berfikiran positif. biarpun apa sahaja rintangan aku pasti akan dapat melaluinya dengan baik. itu adalah rencah dalam kehidupan apatah lagi sekiranya kita pandai menyusun atur masa dan keadaan kita. lagi pula belajar melalui kesilapan adalah salah satu cara terbaik untuk terus maju setapak kehadapan. tidak kiralah di mana kita berada dan apa yang kita lakukan. sekiranya kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita pasti akan dapat menghadapinya dengan bagus sekali.

ujian itu akan sentiasa diuji kepada kita jadi kita harus tahu peranan untuk menghadapinya dengan apa cara sekali pun. andai seberat mana sesuatu masalah itu muncul akan pasti ada jalan penyelesaiannya. tidak pernah ada masalah tanpa penyelesaian. yang memainkan peranan penting disini adalah masa. masa itu ibarat sebahagian dari hidup kita. akan sentiasa kita hidup bersama masa walau dimana sekali pun kita berada. tidak akan ada satu saat pun masa itu akan meninggalkan kita kerana ia akan sentiasa berdampingan. oleh itu haruslah kita menghargai apa sahaja ujian ke atas kita. walau sebesar zarah sekalipun masalah itu pasti akan diselesaikan juga satu hari nanti.

aku harus positif untuk manghabiskan tugas yang telah diamanahkan kepada aku ini dengan sebaik mungkin kerana aku tahu untuk mendapat sesuatu kepercayaan dari seseorang amat getir ujiannya. jadi bila sesutu kepercayaan itu diletakkan di bahu kita seolah-olah kita adalah orang yang terpenting di dalam sesuatu organisasi. walaupon nampak berat mata memandang namun setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza. pandangan setipa individu pada individu yang lain juga memainkan peranan penting untuk mewujudkan suasana di tempat kerja. mujur di tempat aku semuanya amat menyeronokkan dengan pelbagai ragam dan peragai yang menyenangkan.. seorang pun tidak mementingkan diri dan itu menjadikan suasana di sini sungguh menyeronokkan. tidak sabar rasanya ingin kembali semula bekerja andai weekend datang. keinginan untuk bertemu rakan-rakan adalah sesuatu yang teruja. jadi apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah aku amat gembira dengan hidup aku walaupun zero is o.