MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN

Tuesday, May 25, 2010


hati manusia.

memang unik, tidak siapa mampu untuk mentafsirkan apa yang dirasa. disitulah terletaknya berbagai-bagai perasaan yang tersembunyi. walaupun perasaan itu dapat dilihat pada seraut wajah namun ia tidak akan tergambar melalui hati. hati yang sedang gundah gulana di dalam masih mampu untuk mengukirkan senyuman di raut muka. wajah boleh membohongi segala-galanya dengan mimikan muka yang berbeza-beza, namun perasaan yang tersimpan di dalam hati belum mampu untuk dilindungi sepenuhnya. namun apakan daya manusia hanya sekadar insan biasa yang sekadar mahu meneruskan kehidupan seperti biasa. seperti aku, tidak siapa tahu apabila hati aku sedang menangis. seraut wajah aku hanya mempamerkan senyuman seolah-olah tiada apa-apa masalah yang dialami, walaupun pedih di dasar hati namun aku masih mampu untuk memperlihatkan senyuman ceria kerana itu adalah ubat untuk aku menghiburkan diri. walau susah bagaimana sekali pun yang aku timpa aku tetap dengan cara aku sendiri. bagi aku menyusahkan orang di sekeliling tidak sama sekali apatah lagi yang terdekat dan terhampir dengan aku. biarlah aku tanggungnya sendirian kerana aku tahu sekadar mana tahap kemampuan aku. andai tiba masa nanti di mana aku tidak mampu menanggung bebanan yang maha hebat maka akan aku carilah satu alternatif lain untuk disalurkan bagi mengurangkan apa yang tersimpan di lubuk hati. hati aku sering berduka sendirian apatah lagi mengingatkan sesuatu yang amat menyakitkan. mujurlah tuhan itu maha mengetahui dan mendengar maka kepadanya sahajalah tempat aku mengadu segala apa yang tersimpan dan terbuku di hati ini kepadanya. dengan kekuatan yang ada aku berserah kerana aku yakin setiap ujian yang melanda ada hikmah disebaliknya. seperti kata yang lain andai satu pintu itu tertutup, maka pintu yang lain pasti akan terbuka. ini bermakna apabila sesuatu peluang itu bukan untuk kita maka akan ada lagi peluang yang lebih baik akan muncul. terpulang pada kita sama ada mempunyai kekuatan untuk meneruskan setiap langkah yang kita ingin lalui. bagi aku kehidupan aku sudah cukup menyakinkan untuk aku terus menerus malaluinya kerana aku tahu aku aku adalah aku. di mana tahap kekuatan dan keazaman aku pasti aku akan teruskan, keyakinan yang aku bina sendiri sejak sekian lama telah mendewasakan aku untuk lebih matang melalui hari-hari mendatang. begitu juga apabila aku perlu berdepan dengan mereka yang mungkin tidak menyenangi akan kehadiran aku. bagi aku itu adalah adat dunia dimana dalam sepuluh manusia terdiri daripada kawan-kawan kita, tidak akan sepuluh-sepuluh itu akan menyukai kita sepenuhnya. mungkin di hati mereka terselit juga perasaan yang kurang senang dengan keadaan aku. itu adalah realiti. satu realiti dalam kehidupan yang nyata. kita tidak akan dapat lari dari kenyataan yang merupakan satu daripada perkara yang harus kita hadapi. mujur, aku tahu bagaimana mahu mengendalikannya dengan fikiran yang waras. oleh itu sentiasalah bersangka baik dan berfikiran positif kepada semua keadaan yang di sekeliling kita dan itu tidak bermakna apabila kita berfikiran begitu kita mambuka peluang kepada yang lain untuk mengambil kesempatan keatas diri kita. dimana kekuatan dan kelemahan kita haruslah dipergunakan pada masa dan waktu yang sesuai agar masalah yang melanda dapat kita hadapi dengan tangan terbuka dan lapang dada.

Friday, May 21, 2010

zero is 0~~~

arghhhhh... tiba-tiba petang ni banyak pula surat yang masuk. baru ingat nak menghabiskan weekend ni dengan suasana yang aman dan menyenangkan. tapi apakan daya semua itu adalah suratan atau hanya kebetulan..cewahh lak pulak aku ni.. mana tidaknya jam hampir menunjukkan angka empat, tiba-tiba banyak troot..troot...mesin faks berbunyi... aduhai dalam kepala dah fikir macam-macam. betul pon seperti apa yang difikir. hq mintak macam-macam pula petang ni., surat itu surat ini. sudah la tidak cukup dengan faks nya lagi sekali tiba-tiba kring..kring telefon atas meja aku pula berbunyi. aduhai petang.,kenapalah jadi begini. operator bawah sambungkan panggilan kepada aku dari pihak ibu pejabat. mahukan dokumen dengan kadar segera seboleh-bolehnya sebelum tengahrai isnin nanti. alamak apalah yang mereka fikir ini. tiadakah perasaan belas dalam diri mereka sehinggkan hujung minggu begini dikerahnya juga untuk bekerja. hmmmmm nasib lah badan.

masih lagi di pejabat untuk menyelesaikan sisa baki kerja-kerja yang tertunda akibat pelbagai sangat aktiviti yang bertindih dan bercampur baur. bagaimana mereka ini buat kerja., tiada lansung kah sistem masa untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. akibatnya yang menjadi mangsa adalah mereka yang berada di bawah. sudahlah di himpit dengan bebanan tugas yang tidak hent-henti, ditambah pula dengan aktiviti yang tidak berapa menyeronokan. tidakkah itu menjadi salah satu tanda menyeksakan. seperti biasa mengeluhlah mereka ini dan semestinya akan kata nasib badan. apatah lagi aku yang macam ini.

namun disebalik kesusahpayahan ini aku tetap gembira kerana aku sentiasa berfikiran positif. biarpun apa sahaja rintangan aku pasti akan dapat melaluinya dengan baik. itu adalah rencah dalam kehidupan apatah lagi sekiranya kita pandai menyusun atur masa dan keadaan kita. lagi pula belajar melalui kesilapan adalah salah satu cara terbaik untuk terus maju setapak kehadapan. tidak kiralah di mana kita berada dan apa yang kita lakukan. sekiranya kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita pasti akan dapat menghadapinya dengan bagus sekali.

ujian itu akan sentiasa diuji kepada kita jadi kita harus tahu peranan untuk menghadapinya dengan apa cara sekali pun. andai seberat mana sesuatu masalah itu muncul akan pasti ada jalan penyelesaiannya. tidak pernah ada masalah tanpa penyelesaian. yang memainkan peranan penting disini adalah masa. masa itu ibarat sebahagian dari hidup kita. akan sentiasa kita hidup bersama masa walau dimana sekali pun kita berada. tidak akan ada satu saat pun masa itu akan meninggalkan kita kerana ia akan sentiasa berdampingan. oleh itu haruslah kita menghargai apa sahaja ujian ke atas kita. walau sebesar zarah sekalipun masalah itu pasti akan diselesaikan juga satu hari nanti.

aku harus positif untuk manghabiskan tugas yang telah diamanahkan kepada aku ini dengan sebaik mungkin kerana aku tahu untuk mendapat sesuatu kepercayaan dari seseorang amat getir ujiannya. jadi bila sesutu kepercayaan itu diletakkan di bahu kita seolah-olah kita adalah orang yang terpenting di dalam sesuatu organisasi. walaupon nampak berat mata memandang namun setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza. pandangan setipa individu pada individu yang lain juga memainkan peranan penting untuk mewujudkan suasana di tempat kerja. mujur di tempat aku semuanya amat menyeronokkan dengan pelbagai ragam dan peragai yang menyenangkan.. seorang pun tidak mementingkan diri dan itu menjadikan suasana di sini sungguh menyeronokkan. tidak sabar rasanya ingin kembali semula bekerja andai weekend datang. keinginan untuk bertemu rakan-rakan adalah sesuatu yang teruja. jadi apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah aku amat gembira dengan hidup aku walaupun zero is o.

Wednesday, May 19, 2010

wednesday

today is a third day i am working as usual so everything should be great. unfortunately early in this morning i've been informed there will a meeting for the KIK. owhh no... speechless because there is no perfect word to describe how surprised i am. luckily i am in a good mood so i just keep it positives and let it just pass with no argument. apa2 pun meting tu berjalan dengan baik dan cukup perfect even i did expect more from the others. i will do my best to make sure my work is well done. lagipun apa yang aku mahu kisahkan sebab aku bukan menyusahkan sesiapa. aku dengan kerja aku so apa yang aku buat tidak akan sesekali menggangu gugat kerja mereka juga. apa yang penting aku tidak akan abaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan oleh aku. oleh sebab itu aku tahu aku harus membuat keputusan yang betul untuk mempastikan apa yang aku akan lakukan adalah yang terbaik

the best part is i know how to handle my self in a great way so i can make it better. i believe in what i done because i am confident in every task i do. jadi apa yang aku ingin kisahkan sebab tiada apa yang harus aku risaukan. apatah lagi aku mampu untuk buat yang terbaik untuk diri aku sendiri. bagi mereka yang lain biarkan apa pandangan mereka terhadap aku. their do not know the real story so why should i care what they thinking. i am proud being me.

Saturday, May 15, 2010

sUAtU hArI....

seperti hari-hari biasa aku akan bangun awal, namun entah kenapa pada suatu hari itu aku rasa amat berat sangat ingin membuka kelopak mata ini, apatah lagi aku ingin bangun dari katil aku ini. perasaan letih pada suatu hari itu amatlah terasa seolah-olah aku telah melakukan satu perkerjaan yang amat berat berterusan selama satu minggu. pada pagi suatu hari itu aku rasakan aku tidak mungkin akan bangun, namun mengenangkan apa yang akan aku lakukan aku gagahkan diri ini juga.

akhirnya aku mendapat kekuatan dan entah mengapa terasa seolah-olah satu kuasa telah memasuki tubuh ini dan telah memberikan aku kekuatan yang luar biasa.

Friday, May 14, 2010

oh yeahhh.., weekends.,

its weekend tomorrow and that is something i am waiting for. just can't wait for that. all the burden will gone after the time of 1700. that is what i need, just take a rest and forget all the task at work. most of the time i got to settled everything from the minor things till to the major. honestly i never turn it down because i know i can do it. that is what i am. to refuse other request its just like i am going to make them down and i will feel bad about it. in the end what i will fell sorry for them. this is my weakness and i realize how bad it is when effect some part of my life. lucky me i have a friends who understand and always giving me the strength to keep forward. i am so thankful for that. a friends like that is very hard to find now day and what i have here is something precious. i love them much and i will rather exchanged my self if their could possible face the danger. i am proud with both of my friends. love them.

Saturday, May 8, 2010


cinta itu Love, Love is cinta....

satu perkataan yang boleh membawa erti berjuta makna. kita tidak tahu apa yang sebenarnya takrifan cinta itu sendiri. masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri mengenai cinta. ia hadir tanpa kita minta, tanpa kita sedari, tanpa kita mengetahui. begitu juga tatkala ia hilang, sebagaimana ia datang begitu juga ia pergi. ia adalah sesuatu yang meluas untuk diperkatakan. perasaan yang wujud boleh diandaikan dengan palbagai tekaan. cinta itu terlalu meluas untuk difahami. setiap manusia ade prepsepsi tersendiri mengenai cinta. ada yang menganggapnya sebagai satu panduan untuk meneruskan hidup. sebagai satu rujukan untuk mencari sebuah kehidupan, sebagai satu harapan untuk menghadapi masa depan, sebagai satu ujian untuk menghadapi rintangan. namun ia tetap satu persoalan yang memerlukan logik akal. dalam bentuk apakah perasaan cinta itu wujud, apakah peranan yang paling penting dalam sesebuah ikatan cinta itu. adakah cinta itu adalah satu hak bagi setiap yang bergelar manusia. cinta itu sendiri terlalu rumit untuk difahami, terlalu sukar untuk dimengerti. namun apakan daya, ramai juga manusia sering tewas dengan perasaan cinta. cinta sesama manusia terlalu sukar untuk digambarkan kerana perasaan itu sendiri rumit untuk difahami. cinta itu sendiri mempunyai pelbagai genre yang perlu di aplikasikan dengan sebaik mungkin. cinta kepada yang esa, cinta kepada ibubapa, cinta kepada rakan sahabat kawan dan teman, cinta kepada sesama insan. malah haiwan juga mempunyai ikatan cinta sesama mereka. jadi, peranan bijak akal amat penting bagi merujuk definisi cinta itu. tidak boleh sekadar melepaskan bagitu sahaja tanpa memikirkan apa yang lebih penting dan lebih memerlukan. cinta itu penting dan amat diperlukan dalam sesebuah kehidupan. tanpanya mungkin sesetengah kehidupan hanya hambar, suram dan kusam. sekiranya wujud perasaan cinta itu sendiri maka akan ceria segala apa yang malap, terang yang kabur, sinar yang gelap. namun tidak semua seindah yang diperkatakan. pasti setiap yang suka akan hadirnya duka, begitulah kitaran sesebuah kehidupan. bagaikan roda yang sentiasa berpusing pada paksinya. sementara kita di atas saat kita menghadapi riang gembira akan ada juga satu masa kita akan berada di bawah menghadapi perit jerih yang bernama kehidupan. cinta itu adalah sebaik-baik kewujudan, tanpanya mungkin kita tidak tahu apa yang akan kita akan lakukan dalam kehidupan ini. jadi hargailah sebaik mungkin sekiranya hadir sebuah cinta dalam hidup kita. pelihara dan pulihara ia sebaik-baiknya kerana peluang kebahagiaan itu hanya sekali untuk seumur hidup ini. kita tidak akan dapat merasai peluang kebahagiaan sebagaimana peluang yang pertama kali, jadi hargailah ia dengan sebaik mungkin. kerana cinta itu love dan Love is cinta.

Monday, May 3, 2010

bersyukur......

alhamdulilah kembali semula dalam talian. hampir seminggu lebih aku dalam keadaan mendiamkan diri kini aku mula untuk seperti biasa. bebanan kerja seperti biasa harus dilakukan, kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah yang diberikan. kepercayaan yang diberi harus aku aplikasikan sebaik mungkin kerana untuk mendapatkannya memerlukan masa yang amat panjang. bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan dari seseorang apatha lagi bila kita masih baru dan tidak tahu apa-apa. namun atas berkat kesabaran dan kegigihan yang dilalui, semua itu dapat diatasi. segala ujian yang diberikan alhamdulliah semuanya berjalan dengan lancar.

dalam setiap tandan buah pisang tidak semestinya semua akan berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan, begitu juga kenyataannya dalam realiti. hari ini seseorang yang tidak berapa menyukai aku yang berada disini akhirnya terpaksa akur untuk meminta bantuan dari aku. aku tidak akan sesekali menolak kerana aku tahu satu hari nanti aku pasti mungkin juga akan berada dalam keadaan yang sedemikian. aku harus bersikap realistik kerana apa yang aku lakukan aku lakukan dengan seikhlas yang mungkin. tidak pernah aku mengharapkan apa-apa balasan cuma sekadar ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan dengan apa yang aku lakukan. itu sahaja sudah mencukupi untuk aku rasa dihargai dengan apa yang aku lakukan .