MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN

Saturday, December 31, 2011

31 dicember 2011

berakhirnya 2011

sekian Lama aku menyepi dari mengemaskini blog ni. aku menyepi untuk mencari kedamaian di hati yang sekian lama gelisah. akhirnya aku temui sesuatu yang baru yang mampu membuat aku tersenyum dan lebih menghargai hidup ini.

namun tanpa aku sedar rupanya 2011 hanya tinggal hari ini sahaja sebelum masuknya 2012. perkara yang normal berlaku ialah azam. ya azam, pasti semua orang akan bercakap tentang azam. azam tahun baru yang harus di buat meskipun azam untuk tahun sebelumnya belum tertunai. entahlah lumrah manusia untuk membuat perkara demikian.

bercakap tentang azam aki tidak meletakkan azam itu sebagai satu pendorong untuk aku teruskan hidup. azam adalah sesuatu perkara yang kebanyakan orang akan lakukan. aku tidak mahu menjadi sebahagian dari kebanyakan orang aku ingin menjadi lebih dari itu jadi aku tidak meletakkan azam sebagai perkara yang biasa-biasa dilakukan.

hidup aku tidak bergantung pada azam tapi pada impain, aku akan terus menerus menjalani kehidupan aku seperti biasa dan seboleh mungkin aku akan capai impian aku perlahan-lahan. itu yang aku lakukan untuk diri aku.

selamat tinggal 2011 selamat datang 2012.