2350
my room
pejam ceLik pejam ceLik tak sangka dah setahun berLaLu. genap tarikh hari ini genapLah setahun aku menginap dekat rumah sewa aku yang tidak seberapa ni. Lebih-Lebih Lagi Lepas dilanda banjir, terasa macam masuk ke rumah baru lagi. segala-gaLanya berubah. dalam masa setahun tu jugak aku hidup berdikari sendirian. satu pencapaian yang tak pernah aku duga. waLaupun sebeLumnya aku tinggaL dengan rakan-rakan serumah yang Lain namun apabiLa sudah menduduki rumah secara sendirian perasaan itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. satu perasaan yang amat bahagia seoLah-oLah menikmati makanan kegemaran yang telah bertahun tidak dapat merasainya. banyak pahit getir yang aku LaLui sepanjang tinggaL bersendirian dan semuanya aku tempuhi seorang diri tanpa bantuan dan sokongan dari sesiapa. aku sendiri tidak menyangka aku akan setabah ini untuk meghadapinya apatah Lagi setelah kediaman aku habis musnah sama sekaLi diLanda banjir. aku hanya berpegang pada satu, tuhan tidak akan menguji seorang hambanya jika dia tahu hambanya itu tidak dapat untuk menerima ujian yang diberikan. aku redha dengan segala ketentuan yang teLah aku terima. sesungguhnya setiap ujian yang diberi akan ada hikmah di sebaLiknya. walau sesukar mana sekaLi pun perjaLanan hidup seseorang itu, dia harus kuat untuk berdepan dengan segaLa apa yang bakaL di LaLui. aku hanya insan biasa namun aku tahu aku kuat untuk berhadapan dengan apa sahaja. aku tahu sejauh mana kekuatan yang aku ada untuk menghadapi semua itu. pengaLaman adaLah guru terbaik untuk persiapan masa hadapan. dari situ aku akan beLajar untuk memperbaiki segaLa kelemahan dan kekurangan supaya aku dapat menyesuaikan diri dengan segaLa keadaan. perjaLanan hidup ini masih jauh Lagi kehadapan untuk diteruskan selagi mana udara ini disedut seLagi itulah pusingan itu akan tetap berputar. aku akan teruskan apa yang aku fikirkan terbaik untuk aku. waLau sesukar mana sekaLipun tuhan itu akan sentiasa ada bersama aku.