22nd february 2011
20:00:00
room 3-10 3rd floor
wakaf tapai, terengganu
dear blogs,
diam tak diam sedar tak sedar sudah empat hari aku berada di akademi bomba dan penyelamat malaysia wakaf tapai, kuala terengganu, terengganu darul iman. seingat yang aku teringat kali terakhir aku menjejakkan kaki ke tempat ni pada tahun 2008 dan selama satu minngu. sekarang hampir tiga tahun aku kembali ke sini lagi dan untuk tempoh seminggu juga. memang masa merubah segalanya bukan sahaja sesebuah landskap lokasi malah segala-galanya. untuk tahun 2011 ini aku memang sangat merancang nak melarikan diri dari kesibukan di pejabat. sejak penghujung 2007 aku dibeban dengan kerja-kerja pengurusan. apatah lagi apabila tahun 2010 muncul. keadaan aku jadi semakin parah teruk dan kritikal. aku hanya mampu tersenyum dan terima seadanya ujian yang diberi. seperti bunyi yang seringkali didengar "setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya" dan sekarang ya, aku memang merancang untuk memenuhkan aktiviti bagi tahun 2011 ini dengan pelbagai agenda agar kesibukan aku di pejabat dapat dikurangkan. jikalau boleh ada sesiapa yang mahu mengambil alih tempat aku, aku dengan rela hati suka gembira memberikan tanpa dikenakan sebarang syarat. aku sudah terlalu letih dengan segala apa yang aku lalui. berkursus disini selama seminggu paling tidak dapat memberikan aku ruang untuk bernafas, malah sedikit sebanyak mengurangkan tekanan yang telah lama sangat aku simpan. akhirnya lega apabila tindakan yang aku ambil ini memberikan aku satu semangat untuk menjadi sebagai insan yang baru. tidak sia-sia segala tindakan yang aku ambil untuk meneruskan perjalanan hidup aku. walaupun aku tahu sesudah kepulangan aku nanti pasti akan disambut dengan deretan fail-fail yang melebihi ketinggian aku, ianya tidak mendatangkan masalah kerana aku telah berpuas hati menikmati seminggu hari tanpa membelek, meminit,mendaftar,membuka,membaca,mencatit dan segala-gala yang ada kene mengena dengan fail. aku sangat berpuas hati dengan keadaan seminggu ni. biarlah sepanjang aku berada di tempat ini aku tenang setenang tenangnya tanpa memikirkan bebanan yang mungkin menyesakkan kepala minda aku. aku gembira.