MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN

Thursday, February 17, 2011

gembira.

khamis
17 februari 2011
12:00:00
opiss

dear bLog,

pagi ni biLa bangun je dari tido rasa sangat happy. tak tahu kenapa perasaan tu wujud. senyum sendiri, perasaan hendak ke opis pun rasa sangat semangat. dah Lama tak rasa perasaan yang macam ni. tiba-tiba entah kenapa pagi ni rasa sungguh ceria sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. mungkin sebab semaLam dah dapat joging Lepas tu maLam tadi tidur awaL jadi kemungkinan besar timbuLLah perasaan yang macam tu. semaLam pun biLa dapat je berLari rasa sangat seronok. seteLah hampir dua minggu tak Lakukan rutin tu sebab banjir yang meLanda baru-baru ni. mungkin sebab perasaan dapat berLari tu teLah menghilangkan segaLa stress dan masaLah yang meLanda yang baru-baru ni. rasa sungguh Lega sangat biLa dah dapat berLari mungkin dengan berLari tu aku dapat Lupakan segaLa apa yang berLaku. biLa berLari perasaan tu sungguh menyeronokkan tak tahu macam mana nak gambarkan saat kaki meLangkah dengan Laju, keadaan angin yang meniup ke muka. rasa sungguh segar dan menyamankan. mungkin sesetengah orang berLari tu adaLah aktiviti yang memenatkan tapi bagi aku puLak berLari tu seoLah-oLah mendapat kepuasan yang sangat maksimum. memang sangat menyeronokkan.

tadi pagi aku adaLah orang pertama yang sampai dekat opis, dan macam biasa aku Lah yang kene buka pintu dan on kan segaLa macam suis yang ada. waLaupun nampak simpLe tapi sebenarnya itu adaLah rutin aku hari-hari. mesti menjadi orang yang pertama masuk dan orang yang terakhir keLuar. macam biasa aku tak kisah semua tu. yang penting keseronokan aku bekerja. macam biasa jugak hari ni aku buat rutin yang seLalu aku buat, coLLect semua sampah daLam setiap bakuL sampah yang ada, kumpuLkan dekat satu tempat, Lap Lantai keseluruhan opis, cuci toiLet dan yang terakhir sekaLi baruLah aku pergi bawak sampah yang aku kutip tu tadi ke bawah untuk dibakar. bidang tugas aku rupanya bukan sekadar meLibatkan keLuar masuk dokumen, daftar surat, jawab panggiLan. menghadiri kecemasan, maLah bab-bab cLeaner ni pun jatuh dekat bahu aku. mungkin sebab aku ni jenis manusia yang tak kisah. yang tak pernah berkira dengan sesuatu kerja yang diLakukan, sentiasa keLhatan happy seoLah-oLah tiada masaLah. ya memang benar teLahan tu, aku sentiasa happy sebab aku mengamaLakn hidup secara simpLe. aku buat apa yang aku rasa aku nak buat. memangLah masaLah tu sentiasa ada tapi masaLah tu takkan datang kaLau ianya tidak berpunca pada diri sendiri juga. jadi kaLau ada sahaja masaLah yang timbuL buat macam biasa sebabnya tiada masaLah yang tak ada jaLan penyeLesaian. cuma cepat atau Lambat sahaja untuk diseLesaikan. setakat saat ini aku bahagia dengan cara aku sendiri, semua yang aku Lakukan daLam kawaLan aku sendiri jadi aku tahu apa yang perLu dan tak perLu untuk aku buat. memahami diri sendiri adaLah Lebih baik dari cuba memahami diri orang Lain. tahu dahuLu meniLai apa yang terbaik untuk diri kita baru kita boLeh meniLai orang disekeLiLing dan disamping kita.

setakat 26 tahun satu buLan 17 hari aku hidup seteLah diLahirkan pada 19 november tahun 1984 aku sentiasa positif dengan apa yang aku buat. setiap apa tanggapan dan pandangan orang Lain terhadap aku ianya tidak mendatangkan masaLah sebab aku tahu ianya hak masing-masing untuk membuat peniLaian sendiri. masing-masing ada karakter masing-masing untuk menafsirkan apa yang diLihat dan secara reLeven aku tak boLeh menghaLang. biarLah mereka dengan cara mereka sendiri dan aku dengan hidup aku. pandangan aku simpLe, dunia ni ada peLbagai versi yang boLeh ditafsirkan dengan segaLa macam genre yang kita mahu. terpuLang pada masing-masing punya intrepretasi untuk meLihat sesuatu itu sebagaimana yang dia mahu. bagi aku aLam ini amat Luas dan aku perLu terokainya dengan cara kau sendiri. seoLah-oLah biLa kita menyeLam ke dasar Lautan, semakin daLam kita seLam semakin banyak perkara, benda dan cabaran yang baru kita temui. begitu juga dengan hidup ni semakin kita teruskan semakin banyak yang kta peLajari. menemui sesuatu yang baru sangat menyeronokkan.

impian aku satu hari nanti aku nak meLancong ke seLuruh tempat dengan hanya berbekaLkan katak hijau kesayangan aku sahaja. ambiL cuti tanpa gaji mungkin seLama sebuLan dan pergi ke temapt-tempat yang seLama ni aku tak pernah terfikir nak pergi. menikmati saat-saat penggembraan aku diseLuruh tempat yang aku Lawati. insyaALLAH akan aku jadikan impian aku ini satu kenyataan satu hari nanti. biLa tiba saat itu aku adaLah insan yang paLing gembira du muka bumi ini..hahaha agaknya Lah kot. tapi memang impian tu teLah Lama aku simpan dan pendamkan daLam hati ini. penggembaraan yang sangat menyeronokkan. sehingga kadang-kadang aku termimpi seoLah-oLah semua itu adaLah kenyataan, aku pasti akan satu hari nanti impian aku itu akan menjadi kenyataan.