day : friday
time : 1710
venue : friend house
DIRUNDUNG MALANG.
time : 1710
venue : friend house
DIRUNDUNG MALANG.
dear blogs,
pada tarikh 31.01.2011 banjir telah melanda segamat setelah hampir 6 tahun berlalu pada 2006. kali ini banjir yang lebih teruk dan tragik sekali selepas 2006 ia berlalu. ianya lebih malang lagi apabila rumah yang aku diami turut terlibat dan memusnahkan segala isi yang terdapat di dalam rumah tersebut. tiada apa yang tinggal untuk aku setelah segala-galanya musnah di bawa arus deras yang begitu kuat. malang itu tidak berbau. sesungguhnya sebagai seorang penyelamat aku dapat mengagak bila akan berlakunya peristiwa demikian, namun aku sendiri terlalai. mujur kenderaan kesayangan aku dapat diselamatkan walaupun aku hanya tinggal sehelai sepinggang. terima kasih juga harus aku ucapkan kepada sahabatku kerana telah memberikan aku tempat untuk berlindung sementera aku mengemas dan membersihkan apa yang patut. kejadian seumpama ini kali pertama berlaku dalam hidupku dan menghadapi saat-saat getir begitu amat menguji. hari pertama banjir aku tidak dapat untuk berbuat apa-apa kecuali pergi bertugas untuk menyelamatkan mereka yang lain tanpa mempedulikan keadaan rumah aku sendiri. paling tidak berusaha untuk menyelamatkan mangsa banjor yang lain dapat menghilangkan perasaan gusar aku terhadap kediaman yang aku diami. setelah keadaan banjir reda aku tekad untuk masuk ke tempat kejadian walaupun ada tanda-tanda kemungkinan ia akan berulang kembali. namun aku menekadkan hati ini untuk melihat sendiri apakah yang telah terjadi kepada rumah aku. sesampainya di sana sungguh berat ujian yang tuhan berikan kepada aku. aku melihat keadaan rumah aku dengan perasaan yang begitu hiba dan menyedihkan. aku tidak tahu di mana harus aku mulakan untuk proses pembersihan. semuanya kelihatan sama dipenuhi dengan lumpur-lumpur yang memenuhi segenap ruang. aku tergamam dan terkaku sendirian apa yang aku harus lakukan. aku hanya mampu berdoa agar tuhan memberikan aku kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi saat-saat sukar begini. sesungguhnya dia lebih berhak mengetahui apa yang aku sedang hadapi dan lalui ini. YA ALLAH ya tuhanku sesungguhnya aku berserah dan redha dengan ujian yang engkau berikan kepada aku. ini adalah serba sedikit gambaran rumah kediaman aku setelah surutnya banjir. gambar-gambar ini adalah yang pertama aku ambil sewaktu tibanya di sana. aku tidak tahu apa yang aku harus lakukan terlebih dahulu selain dari mengambil beberapa foto sebagai kenangan yang paling sukar aku lalui :












