sekian lama aku menyepi dari menulis tentang apa sahaja yang ingin aku catitkan disini. mungkin ketiadaan masa dan waktu yang begitu mencemburui aku menyebabkan aku kehilangan bait-bait tulisan untuk dicoretkan. namun jauh di sudut hati aku, aku ingin kembali menulis apa yang telah tersirat begitu lama. akhirnya aku berkeputusan untuk meneruskan juga. seperti mana aku telah membuat keputusan untuk meneruskan begitulah juga dengan keputusan yang melibatkan kisah hidup aku.
aku kini telah menemui cinta, cinta yang bakal merubah keseluruhan hidup aku. tidak pernah terlintas difikiran aku ini bahawa aku akhirya layak untuk dicintai, malah untuk merasa cinta itu sendiri. tapi aku masih berperang dengan perasaan aku sendiri mengapa aku harus berperasaan begini. adakah cinta yang aku nikmati ini adalah hanya untuk aku berpura-pura siapakah diri aku. aku harus menyelami sedalam-dalamnya mengenai hidup aku ini. aku harus mencari siapakah aku ini.
tanpa disangka, rupanya diriku ini masih ada yang sudi untuk mencintai walaupun payah untuk aku huraikan dengan kata-kata. namun apakan daya, aku harus berjuang untuk memastikan perjalanan hidupku berjalan seperti biasa. namun aku tak pasti sama ada aku akan menjadi kuat untuk menempuhinya. agak susah untuk aku memastikan apa yang aku mahu dalam kehidupan ini. ia sesuatu yang kompleks untuk aku kongsikan bersama. aku harus kuat untuk menghadapi ujian maha hebat ini kerana akan ada hikmah disebaliknya. sekarang aku harus memastikan apa yang akan aku lakukan untuk meneruskan hidup aku ini. aku sudah tidak boleh menoleh ke belakang lagi apabila keputusan itu telah dibuat.
cinta ini akan aku jaga sebaiknya kerana ia melibatkan dua hati dan perasaan. aku tahu aku mampu lakukan akan tetapi aku amat memerlukan kekuatan untuk menghadapinya. aku harus kuat dan tabah dengan apa sekalipun ujian yang akan datang. aku tak mampu lagi bertahan seandainya aku kehilangan cinta ini, namun aku tidak berani untuk berterus terang tentang kedudukan aku yang sebenar. siapakah aku disebalik topeng muka ini. banyak lagi yang aku harus hadapi dan aku percaya aku mampu lakukan. aku yakin aku mampu dan boleh.
demi cinta kali ini aku harus berperang dengan perasaan aku sendiri. betapa gigihnya aku harus jua berjuang demi kebahagian aku sendiri. tapi bila difikirkan semula kebahagian aku adalah menjadi diri aku sendiri, bukan orang lain, namun demi menjaga hati dan perasaan insan pihak kedua aku terpaksa akur dan berkorban untuk mencipta satu kebahagian yang baru. aku harus lupakan siapa diri aku sebenarnya. tinggalkan segala apa yang aku telah lalui sekian lama. aku tahu aku mampu dan satu-satunya cara yang dapat membuktikan aku mampu adalah masa. disini masa amat memainkan peranan yang penting, kerana ia akan menentukan segala tindak tanduk aku untuk mendapatkan kebahagian. aku harus menerima hakikat yang aku ingin berubah. berubah demi kebaikan. kerana aku menyintainya.