MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN

Tuesday, January 11, 2011

my rainbow...






peLangi itu semakin pudar ~ ~

aku merasakan peLangi
yang seLama ini mewarnai hidup aku semakin Lama semakin pudar. setiap warna yang pernah membahagiakan aku kini beransur hiLang. adakah cahaya matahari itu tidak Lagi bersinar sebagaimana yang aku harapkan. wahai sang suria bertahanLah dikau demi kasih dan sayangku ke atas peLangi ini.

aku pernah satu ketika dahuLu kehilanganmu wahai peLangi. ku simpan dan ku jaga dengan sepenuh hati aku, namun kegeLapan maLam itu tetap hadir dan menyembunyikan sinar cahaya yang menerangi hidup aku. aku ketewasan akhirnya dan bersendirian tanpa ada Lagi warna-warna indah yang mewarnai hidup aku. kegeLapan maLam yang teLah menghiLangkan cahaya membawa pergi ketujuh-tujuh warna peLangi aku. sesungguhnya aku redha dan terima ia sebagai satu ujian. sesuatu yang indah itu tidak akan berkekaLan tanpa ada onak ranjau yang berLiku. aku tabah menerima kenyataan waLaupun ianya amat perit untuk aku teLan, untuk aku simpan. awan mendung yang datang aku biarkan ia menyeLubungi diri aku, kerana aku tahu mungkin disituLah aku sepatutnya di tempatkan. sunyi, lembab dan samar-samar, ya disituLah tempat terbaikku seteLah peLangi aku di bawa pergi kegeLapan maLam. tiada Lagi sinaran matahari yang mampu untuk mengembaLikan tujuh warna kehidupan kepadaku. berkurun Lamanya aku diselubungi awan mendung sehingga aku terLupa akan betapa indahnya suasana aLam yang berwarna-warni. aku Leka dengan keLembapan yang mengeLiLingi diri aku.

tiba-tiba didalam kesamaran awan mendung itu aku terLihat sekumpuLan awam putih yang mendamaikan. sungguh bersih tanpa ada sebarang paLitan warna. aku terpengun dengan kecerahan sinar putih yang dilemparkan. sungguh tenang dan mengasyikkan. aku tertarik LaLu berganjak pergi kepada awan putih tersebut. ku sentuh dan ku beLai, Lembut seoLah-oLah kapas yang mendamaikan. satu perasaan yang aneh berLaku dimana satu ketika dahuLu pernah aku aLaminya. awan putih mengeLiLingi aku seoLah-oLah ingin meLindungi aku dari kepungan si awan mendung. aku rasa bahagia. kebahagian yang teLah hiLang satu ketika dahuLu. tanpa aku sedar awan putih teLah membawa aku pergi, pergi jauh meninggaLkan si awan mendung yang suram, Lembab dan sunyi. diceLah-ceLah kepuLan awan putih akhirnya aku terLihat sang matahari. sinaran yang teLah Lama aku butakan. aku terLupa adakah secerah itu sinaran sang suria. aku terkesima. tersenyum sendirian kerana di sebaLik sinaran sang suria itu terdapat satu jaLuran yang amat mempesonakan. PELANGI.

tujuh jaLuran wa
rna yang pernah satu ketika dahuLu aku Lupakan kembaLi segar daLam kotak memori ingatan aku. bagaimana aku boLeh Lupa akan kecantikan yang dikurniakan MAHA ESA ini kepada makhLuknya. sesuatu yang indah menyaksikan warna-warna ini menyeLubungi semuLa keadaan sekeLiLing hidup aku. aku kembaLi bahagia ditemani warna-warna yang mewarnai setiap peLusuk aLam ini. setiap dari warna-warna ini memberi aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan. seoLah-oLah memberi aku satu semangat untuk berjuang. akan aku jaga peLangi ini sebaik-baiknya. akan aku membahagiakannya.

namun adakah kebahagian itu akan kekaL seLamanya. kini peLangi yang amat aku kagumi semakin pudar warnanya. setiap jalur yang mewarnai seLuruh aLam itu semakin berkurangan. adakah sang suria teLah kepenatan untuk memancarkan sinar cahayanya. adakah kegeLapan maLam akan hadir untuk menyeLubungi aLam ini. andai cahaya buLan yang menerangi kegeLapan maLam itu mampu memancarkan sinarnya untuk membantu sang peLangi mengekaLkan warnanya. namun apakan daya sinaran buLan hanya bergantung kepada kegeLapan maLam untuk memancarkan sinaranya. tanpa kegeLapan maLam sang buLan tidak mampu untuk bercahaya sebagaimana sang matahari.

adakah peLangi yang aku jaga ini akan berkekaLan warnanya. apa yang aku Lihat sekarang warnanya semakin pudar dari pengLihatan aku. semakin samar-samar pada pandangan aku. kabur seoLah-oLah dibawa pergi oLeh kedinginan kabus diwaktu pagi. andai ianya terja
di Lagi aku pasti akan aku pagari kisah aku ini dengan bintang-bintang yang hadir pada kegeLapan maLam. akan aku biarkan bintang-bintang ini memagari setiap inci ruang hidupku dari menemui warna-warna peLangi.

aku harus bersedia untuk menghadapinya.....