MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN

Sunday, April 24, 2011

kai

date : 24th apriL 2011
day : sunday
time : 15:00:00
Location : Living room
venue : kampung jawa, segamat, johor

apriL semakin berakhir, ahad yang terakhir.

dear bLog,

semakin cepat waktu berLaLu, pejam ceLik pejam ceLik apriL semakin berakhir. tanpa disedari ianya berLaLu meninggaLkan segaLa yang Lepas sebagai perkara yang perLu dijadikan sejarah. sejarah yang perLu di kenang yang perLu di ingati. minggu - minggu yang diLaLui sentiasa ada kisah tersendiri yang perLu di simpan untuk tatapan masa hadapan. saat menghadapi minggu yang teruk adaLah sangat menekankan, apatah Lagi biLa perLu berhadapan dengan peLbagai kerenah daLam bentuk yang kurang menyenangkan. tapi aku tetap aku, hadapi perkara dengan sepositif yang mungkin. tidak mudah meLatah apatah Lagi tersinggung dengan apa sahaja kritikan yang diterima. aku teLah diajar untuk menghadapi situasi demikian rupa. jadi ianya bukan satu masaLah untuk aku meneruskan apa yang patut aku Lakukan.

cabaran hidup adaLah saLah satu perkara yang perLu dihadapi oLeh setiap manusia. berhadapan dengan peLbagai situasi dapat memberikan seseorang itu pengaLaman untuk berhadapan dengan apa sahaja. dari situ kita mampu untuk beLajar dari kesiLapan dan mengapLikasi tindak tanduk di masa hadapan. manusia perLu belajar dengan apa cara sekaLi pun untuk mendapatkan iLmu kerana iLmu itu akan membantu daLam setiap tindakan yang akan kita Lakukan.