MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN

Wednesday, March 2, 2011

hari ini

wednesday
02nd february 2011
22:30:00
Living haLL, segamat, kampung jawa

dear bLog,

harini aku terLepas subuh entah macam mana boLeh berLaku. biasanya automatik otak aku akan set biLa jam enam aje mata aku akan ceLik secara semuLa jadi. entah kenapa harini tadi subuh dia tak ceLik puLak. sudahnya pukuL tujuh aku bangun. tahniah diucapkan kepada syaitan yang teLah berjaya menyeLimutkan aku dengan kuLit babi tadi subuh. patutLah seLesa aja aku tidur sampai subuh pon aku tak sedar. tahniah sangat-sangat kerana teLah membuat aku kehiLangan markah untuk mengumpuL pahaLa pagi tadi. agak sedih La jugak tapi ape nak buat biLa benda sudah berLaku tiada apa yang boLeh diundurkan semuLa. hanya istighfar sahaja yang mampu aku Lakukan dan berdoa untuk memohon keampunan. insyaALLAH semoga diampunkan, amin.

bersiap-siap bagai nak rak tengok jam kat dinding aLamak Lagi 15 minit nak jam Lapan, sempat ke aku masuk ofis harini. gambLe as aLways aku redho ajeLah, kaLau dah Lambat gunaLah apa sekaLi aLasan pun tetap Lambat juga. LainLah kaLau guna aLasan tu mesti sampai awaL punya. biarLah abaikan saja apa-apa aLasan pun janji sampai dengan seLamat. daLam membebeL bebeL sendirian tu sempat jugak La aku panas kan si katak hijau aku tu. bukan ape takut nati period dia datang puLak, Last-Last aku yang susah nati. hu hu hu.

sempat Lagi biLa tengok jam kat tangan ade Lagi sepuLuh minit nak sampai opis, ape Lagi singgah port biasa macam yang seLaLu buat. membeLi tapau untuk bekaLan bekfes nati Leh La aku bedaL kat pantry ofis, oyeahhh. harini kak ana tegur aku "aikk Lambat arini kai, biasa tujuh suku dah datang kedai akak ni, tak Lewat ke masuk ofis nanti" "takde break La kak maLam tadi tido, terkusyuk sangat sampai terLajak, sudahnya jam tujuh baru terbangun, tapi akak jangan risau saya sempat mandi tu semua. ha ha ha, okLah kak macam biasa tapau kan saya, nampaknya harini tak yah Lah saya kemas ofis tu macam biasa"

fuhhh Lega akhirnya sampai jugak ofis sebeLum siren kat bawah tu menjerit, cepat jugak aku drift
katak hijau aku ni yerk., aku sendiri tak sangka seLaju tu aku bawak. haiii kai hati-hati sikit karang tak memasaL Lak kene bLackList biLa ko tak bayor saman. aduaiiiiii... teringat satu insiden kene speed trap, ingat dah over kat situ seteL Laaaa... rupanya hampehhh.. ape nak buat dah tugas mereka kan so kena Lah faham bidang tugas masing-masing ni. kadang-kadang kita dekat atas kadang-kadang kita dekat bawah, Lumrah aLam biLa berhadapan dengan reaLiti kehidupan. peLangi yang indah Lagi cantik tu takkan kekaL seLamanya sehingga matahari itu hiLang disebaLik senja. dan yang pasti geLap akan muncuL buLan puLa akan mengambiL aLih tempat si matahari. tapi peLangi itu sudah semestinya tiada Lagi. jadi keindahan daLam reaLiti kehidupan sebenar bukan seperti cerita-cerita yang pengakhirannya "happiLy ever after"

masuk ofis baru teringat bos tak ada harini sebab ada urusan dekat johor bahru, hati muLa berbunga gembira tapi aku tahu memang takkan kekaL Lama punya sebab ada saja yang perLu untuk aku setteL kan. waLaupun sebesar kuman kaLo aku asyik bertangguh sudah semestinya konfem jadi puLau. Letak beg bawah meja, buka Lappy aku macam biasa jari ni tekan keyboard yang dengan memasukkan password untuk sistem keseLamatan aku. ha ha ha... giLer kaLau aku tak bubuh kata LaLuan, sebab kadang-kadang dekat sini printer, mouse, kerusi, meja semua boLeh bergerak dengan sendirinya. ituLah pasaL aku Letak kata LaLuan, safety beb.

tetibe baru teringat nasi Lemak teLur bungkus aku tadi. ha ha ha patutLa rasa macam ada sumthin' je yang aku Lupa, bekfest aku rupanya. tengok pintu utama ngan meja yang Lain-Lain masih kosong tu tandanya aku La orang 1st yang sampai nih. ha ha ha.. sangat bagus ko kai, waLaupon terLewat bangun tapi masih jadi orang yang 1st masuk ofis tu. tahniah La untuk ko kai. ha ha ha ha ha......

hishh dah pukuL satu rupanya, cepatLah puLak ko jam hari ni, biasa tiap kaLi aku tengok ko ko macam tak nak bergerak aje., Lagi saja macam menganjing je kat aku, siap Lak Leh gerak terbaLik jam minit ko kan. memang saje menghanjingkan La tu. hurmm tinggi betuL imaginasi ko kai..sangat bagus untuk pengaktifan seL-seL otak. jangan risau ko tak giLa... ha ha ha, proceed je ok.

akhirnya jam Lima sampai jugak., tapi rasa macam sekejap Lak harini berLaLu ke aku punya jam tangan yang tercepat ni, takpun jam dinding ni saje memainkan aku Lak. hurmm tak apaLah bagus jugak tu, kerja aku ni pon sikit je Lagi nak seteLkan, bukan susah nau pon just masukkan aje info yang dah ade daLam format yang diberi. biasanya macam tuLah kaLau annuaL repot. nasib baik tuhan ni kurniakan aku otak yang ceredik sikit dari yang sedia ada. ha ha ha so dapatLah aku standby awaL-awaL apa yang patut.

macam biasa orang pertama yang masuk so secara spontannya juga orang terakhir yang keLuar, takpe mujur dah biasa. hari-hari memang iniLah rutinya. biLa semua dah seteL turun bawah tingkat satu pergi biLik Loker saLin baju. apaLagi aktiviti yang paLing aku suka daLam hidup aku. BERLARI. ha ha ha. sangat semangat hari ni aku berLari macam biasa 2 pusingan 2.4km. fuhh fuhh Letih yang bagai namun seronok. tak dapat digambarkan perasaan tu biLa dapat berLari bebas. biLa habis je berLari tetibe diorang ni panggiL aku puLak. aLahaiii...

boLeh mendatangkan kecedaraan. FUTSAL., bukan Le aku ni tak minat cuma tak bersungguh-singguh je nak main. Lagipon kan boLeh mendatangkan kecederaan, misaLnya nak sepak boLa tu karang tersepak kaki member La, tersadung La., terLanggar La. pastu konfem mesti sakit-sakit Lutut, kaki, badan dan segaLa apa yang ada dekat body tu La. memang normaL. tapi last-Last mujur gak diorang suruh jadi goaL keeper so tak adaLah aku penat-penat mahu Lari kesana kesini. cukupLah dengan Larian 2.4 yang dah aku buat tadi tuh... fuhh fuhh minta nafas La wey oiiii....

akhirnya tempat yang paLing seLesa dan paLing syok daLam hidup aku. apaLagi tiLam aku Lah. perghhhh sangat-sangat syahdu dapat peluk bantal busuk aku nih. hahahaha nama je busuk tapi amatLah wangi bagi aku Lah, kaLo orang Lain aku taktau La ape yang diorang nak komen. tak kisah janji aku bahagia. wahhhh syokknyerrrrr dapat tidur. tidur yang sangat berkuaLiti dan itu adaLah masa-masa yang berharga bagi aku.

sebeLum mata ni pejam nak berangan Lah sekejap. macam-macam yang diangankan daLam kepaLa otak aku ni. jadi superhero La yang ada super power. jadi anak raja Lah, bangsawan La., tapi yang paLing best dapat tinggaL dalam dunia yang penuh cokLat.. nyummm nyummm sangat bahagia.. hahahahah sengaL La ko kai., dah dah cukup... tidur esok kerja, nanti terLajak Lagi subuh ko padan muka. berkawan ngan syaitan La ko jawabnya nanti.

okLa cukup setakat harini esok-esok ko continue Le Lagi ok.. bai kai gudnight.