19th march 2011
20:15:00
Living room, kampung jawa, segamat, johor
dear blogs,
impian aku semakin dekat untuk mencapai awan di atas sana. tinggal seminggu lagi untuk berhadapan dengan final stage pemilihan. harapnya aku akan berjaya sehingga ke puncak. bermula 14th hingga 18th hari yang sudah aku bertungkus lumus dengan setiap ujian yang diberikan agar aku terpilih untuk ke second stage dan ya aku berjaya. bersyukur aku panjatkan dengan pemilihan untuk stage yang kedua ini, biarpun hati aku masih ragu-ragu namun aku pasti ini adalah jalan yang perlu aku pilih. aku tidak akan menoleh kebelakang lagi. sehingga ke puncaknya aku akan penuhi impian aku ini engan bersungguh-sungguh. cakap-cakap belakang menyatakan perjalanan ini akan sukar dengan segala rintangan dan halangan yang berat perlu dilalui, namun satu pegangan prinsip yang aku tanamkan dalam diri aku, kalau orang lain mampu buat kenapa tidak aku. aku juga makan apa yang mereka makan, aku juga sakit sebagaimana mereka sakit, aku juga lapar sebagaimana mereka lapar, jadi apa yang membezakan kalau sekiranya mereka mampu berjaya maka aku juga mampu untuk berjaya. aku tanamkan prinsip ini agar aku mampu untuk berdepan dengan apa sahaja halangan dan rintangan yang mendatang.
apa-apa pun semuanya bergantung kepada keputusan final stage yang bakal aku hadapi seminggu dari sekarang. walau bagaimana kuat sekalipun aku berusaha untuk mendapatkannya namun sekiranya keputusan medical treatment tidak menyebelahi aku, aku harus melupakan impian dan hasrat untuk mencapainya. aku tidak boleh terlalu mengharap 100% kerana khuatir apabila sesuatu yang ingin aku kecapi itu tidak kessampaian, pastinya kekecewaan akan meneyelubungi setiap perasaan yang aku harus hadapi. aku hanya perlu memohon kepada yang esa agar dipermudahkan segala urusan aku untuk mencapai impian aku. hanya itu yang mampu untuk aku teruskan perjuangan hidup ini.
walau apa pun keputusan yang bakal aku terima ini aku akan mengambilnya sebagai cabaran hidup. sekali kita gagal tidak semestinya kita akan menjadikan kegagalan itu sebagai satu halangan untuk kita mencapai kejayaan. kegagalan itu hanyalah sebagai satu pencetus untuk meneruskan perjuangan sehingga kejayaan itu diperolehi.