MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN

Wednesday, April 28, 2010

ADAKAH SINGLE LEBIH BAIK....

terpulang dan bergantung kepada masing-masing empunya diri. hanya mereka yang ada jawapan untuk persoalan yang begitu. tapi bagi aku ada baik dan buruknya kalau single, begitu juga kalau couple. setiap hubungan itu ada pasang dan surut ada juga ujian yang berat untuk dilalui dan dihadapi. segala-galanya bergantung kepada kemampuan diri seseorang itu menghadapinya.

apa yang penting bagi aku waktu ini sendirian adalah terbaik untuk aku terus menjalankan rutin harian seperti biasa. setiap apa yang aku lakukan adalah lebih baik dan sempurna di mataku. jadi mengapa aku perlu merosakkanya hanya kerana aku ingin berteman. adakah dengan berteman itu aku akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. entah, persoalan yang belum mampu untuk aku hadapi. untuk membayangkannya pun sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum sendirian. bila aku single ni macam-macam yang boleh aku lakukan tanpa ada kongkongan dari sesiapa, malah aku tak perlu untuk memberitahu ke mana sahaja aku akan pergi. begitu juga dari aspek kewangan dah semestinya aku dapat membuat perbelanjaan yang bagus terutama apabila melibatkan penggunaan kredit untuk telefon. aku memang seratus peratus pasti bagi mereka yang berpasangan harga kredit mereka setiap bulan adalah melebihi dari perbelanjaan mereka yang lain-lain.

manakan tidak, dengan setiap malam menghantar mesej, malah tanpa jemu juga berborak sakan sehingga ke pagi tanpa apa tujuan yang sebenarnya ingin diborakkan sehingga sebegitu lama. adatlah kepada mereka yang masih dilamun asmara di panah cinta, segalanya manis bagaikan madu. tiada sedikit pun calitan selain dari manis dalam perhubungan itu. tetapi disebabkan panahan sang cinta telah mengena sasaran maka semua itu menjadi begitu indah.

bagi pendapat aku itu adalah sesuatu yang merimaskan dan membebankan. mungkin aku tak pernah merasa lagi nikmatnya saat bercinta jadi aku berani untuk mengeluarkan pendapat sedemikian. entahlah jodoh maut ini adalah di atas ketentuan tuhan jadi aku berserah. mungkin waktu dan ketika ini pendapat aku mengatakan couple itu sesuatu yang merumitkan dan menyeksakan. tapi siapa tahu masa-masa akan datang akan ada seseorang yang mampu untuk mengubah pandangan aku berkaitan hidup single ni. masa itu mungkin hati aku telah tersentuh dan terusik jadi mungkin pandangan dan pendiriaan aku berubah. namun apa yang pasti di sini bagi aku sekarang single adalah labih baik dari couple.

hati aku belum terbuka untuk menjadi couple jadi sementara waktu ini aku akan kekal dengan diriku sebagai seorang yang bebas tanpa ada sebarang ikatan mahupun komitmen. aku cuma mahu menjadi bebas seperti sang helang melebarkan sayapnya membelah awan di angkasa raya tanpa rasa terikat dengan mana-mana ikatan. itu adalah keunikannya, terbang tinggi di langit biru membelah lautan yang terbentang luas. mengasyikan dan menyeronokan. aku akan bahagiakan diri aku sendiri tanpa mempedulikan apa kata-kata yang lain, siapa mereka untuk menentukan apa hidup yang aku pilih. hanya aku berhak untuk menetukan apa yang aku mahukan dalam hidup ini. kerana ini adalah hidup aku, dan aku yang akan menentukan coraknya untuk mencantikkan ciptaannya sendiri. itu lebih baik.