memulakan penggembaraan pada jam 0902, rabu 28 april 2010....
entah kenapa pagi ini bila bangun rasa berat sangat. malas sungguh apatah lagi bunyi azan sayup-sayup kedengaran. aku gagahkan diri juga untuk bangun kerana itu adalah satu kewajipan yang aku harus tunaikan. aku capai tuala dan terus menuju ke destinasi untuk menyegarkan badan subuh itu.
selepas subuh aku baring semula atas tilam aku yang selesa betul ini. sambil fikiran melayang apa yang akan aku lakukan untuk sepanjang hari ini. apakah akan ada lagi kejutan yang akan menjelma tanpa aku sedari, entahlah. lagi aku melayan fikiran ini lagi banyaklah kerja aku yang akan bertangguh. ahh aku harus bangun lekas, mula menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi ini sebelum bergerak ke tempat kerja.
sampai di pejabat perasaan mula berkobar-kobar untuk melakukan aktiviti tapi bila dapat panggilan dari rakan sekerja mengatakan tidak dapat hadir pagi ini kerana urusan kematian salah seorang ahli keluarganya, perasaan itu mula menurun. apapun innalillah kepada rakan sekerja ku itu.,semoga rohnya dicucuri rahmat. yang masih hidup ini harus meneruskan kehidupan seperti biasa kerana itu adalah kitaran hidup manusia, yang pergi tidak akan kembali.
entah bagaimana tiba-tiba hati ini tergerak untuk melakukan sesuatu, ya sesuatu yang aku tak pernah terfikir. -BLOGGER- perkataan ini mcam biasa aku dengar tapi aku tak pernah ambil pusing untuk mengetahui lanjut. disebabkan entah kenapa hari ini aku rasa seolah-olah aku perlu untuk melakukan sesuatu maka tanpa berfikir lanjut lagi aku buka 'notebook' aku dan mula klik sana sini untuk mencari tempat yang sesuai untuk aku mencurahkan, meluahkan apa sahaja yang terbuku dalam hati dan kepala otak aku ini.
akhirnya aku terjumpa -BLOGGER- ya, akhirnya disinilah tempatnya di mana aku akan memulakan penggembaraanku dan yang pasti aku tidak akan menoleh ke belakang lagi. selamat tinggal kepada kehidupanku yang silam dan selamat datang masa hadapanku. pada tarikh 28 april 2010 ini adalah merupakan tarikh aku mengenal blog ini dan aku akan sentiasa mengingatinya. begitu juga pada tarikh inilah tarikh keramat dimana bekas kekasihku dilahirkan. sebelum mata aku terlena sempat aku mencapai telefon mudah alih aku dan mula menaip sesuatu. 'im wishing u hepi sweet besday' dan aku tekan punat send untuk mengucapkanya. walaupun tiada ikatan jodoh antara kami, namun masih ada ikatan persahabatan yang masih boleh terjalin. aku doakan agar dia berbahagia dengan sesiapa pun pilihan hatinya.
hari ini aku pasti dapat melalui dengan penuh semangat dan gembira dan aku tahu aku tidak akan persiakan segala usaha yang telah aku lakukan. syabas untuk diri aku. perkara yang lepas biarkan ia berlalu kerana ia telah menjadi satu lipatan sejarah dalam hidup aku. perkara yang baik akan aku teruskan dan yang tidak baik akan aku simpan sebagai sebuah memori.